Sarawak gagal perebutan emas tenis, kalah tipis di separuh akhir

Goh dan Soo tewas tipis kepada pasangan Wilayah Persekutuan. Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 18 Ogos: Sarawak gagal layak ke final acara tenis berpasukan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-21 setelah kalah tipis 2-3 kepada Wilayah Persekutuan hari ini.

Berlangsung di Kompleks Tenis SLTA, mata kemenangan Wilayah Persekutuan diperolehi menerusi beregu campuran setelah kedudukan terikat 2-2.

Advertisement

Beregu campuran Sarawak Soo Hui Yii-Matthew Goh tewas kepada Daarshan Suresh-Daania Daniella dengan kiraan 7-6, 3-6, 3-10 (tie break).

Terdahulu, perseorangan lelaki Sarawak Ayden Shah tewas kepada Leroy Nan dengan kiraan 0-6, 1-6.

Perseorangan wanita Sarawak Nathanielle Ann pula tewas 0-6,1-6 kepada Nao Ziyi Phang.

Sarawak bangkit menerusi beregu lelaki apabila pasangan Raidon Tan-Hii Shieng Wee menang 6-1,6-3 mengalahkan Aqil Adibi-Nicholas Yii.

Beregu wanita Sarawak mengikat kedudukan seri 2-2 apabila gandingan Lydia Liong-Hii Xin mengalahkan Athilla Miasara-Lynn Lim 6-3,6-2.

Sarawak bermain bagi penentuan pingat gangsa esok menentang Selangor manakala Wilayah Persekutuan akan bertemu Perak bagi penentuan pingat emas.

Sementara itu, Menteri Belia Dan Sukan Hannah Yeoh turut meluangkan masa menyaksikan aksi separuh akhir tenis.

Hadir sama Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak Dato Patrick Liew. — DayakDaily

Yeoh dan Liew menyaksikan separuh akhir acara tenis.
Advertisement