Sarawak capai 83.7 peratus bagi liputan bekalan air bersih pada suku kedua 2022

Julaihi (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada wakil WeidaSar bagi pempamer terbaik di BIWWEC 2022.
Advertisement

KUCHING, 19 Okt: Liputan keseluruhan bekalan air bersih Sarawak pada suku kedua tahun ini berada di tahap 83.7 peratus.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi, liputan bekalan bagi kawasan luar bandar ialah 67.2 peratus manakala di kawasan bandar 99 peratus.

“Justeru dengan pelaksanaan Sistem Grid Air dan Projek Bekalan Air Alternatif (Sawas), sasaran 100 peratus bekalan air bersih boleh dicapai pada 2030,” katanya.

Advertisement

Julaihi berkata di Majlis Penutupan Persidangan dan Pameran Air & Air Buangan Antarabangsa Borneo 2022 (BIWWEC 2022) di sini, hari ini.

Tambah Julaihi, Sistem Grid Air telah dilaksanakan di kawasan Selatan Sarawak dan bakal dikembangkan ke seluruh negeri.

Dalam pada itu katanya, sektor air negeri kini menjalani transformasi dengan menggunapakai digitalisasi di dalam pengurusan air.

“Kita akan mewujudkan satu entiti di dalam pengurusan bekalan air dan satu badan korporat sebagai pengawal selia air,” katanya. — DayakDaily

Advertisement