Sarawak bincang pembinaan jalan ke sempadan Kalimantan

Awang Tengah (enam dari kanan) bersama rombongan melakukan kunjungan hormat ke pejabat Mahdzir (empat kanan).

KUCHING, 29 Jan: Pembinaan jalan menuju ke sempadan Kalimantan sebagai pintu masuk antarabangsa dari Lawas serta Ba’kelalan dibincangkan Sarawak dengan Kerajaan Pusat.

Perkara tersebut dibincangkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato Seri Mahdzir Khalid di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kunjungan hormat tersebut turut diiringi mesyuarat yang menyentuh projek projek luar bandar terutamanya di kawasan Limbang dan Lawas.


Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong, Menteri Muda Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Abdul Rahman Ismail dan ADUN Batu Danau Paulus Palu Ngumbang. — DayakDaily