Sarawak bina sebuah universiti di Telaga Air

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING, 28 Feb: Sebuah universiti bertujuan mewujudkan ummah berkualiti akan dibina berdekatan Kampung Trombol di Telaga Air.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia adalah untuk menjadikan Sarawak negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Untuk tujuan itu, kerajaan telah membina jalan raya, jalan pesisir, jambatan, tubuh universiti dan sebagainya.


“Tidak lama lagi kita akan bina universiti berdekatan Kampung Trombol.

“Kalau masalahnya biasiswa, kita akan beri pinjaman Yayasan Sarawak untuk memudahkan anak kita memasuki universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke-61 di Dewan Majma Kompleks Islam Sarawak di sini malam tadi.

Turut hadir isteri Ketua Menteri Datuk Amar Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Bertanggungjawab Hal Ehwal Islam Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha. — DayakDaily