KUCHING, 7 Dis: Kerajaan Negeri membina Bangunan Arkib Negeri sebagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bahan arkib serta khazanah yang bernilai tinggi dan kekal.
Pada lawatan kerja ke tapak projek bersebelahan Pustaka Negeri hari ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia penting untuk menyimpan maklumat khususnya yang berkaitan Sarawak.
āBangunan ini penting untuk kita menyimpan data dan maklumat termasuk semua maklumat berkaitan sejarah, sains dan teknologi,ā kata Abang Johari.
Pembinaan Bangunan Arkib Negeri di tapak seluas 17.6 ekar itu dijangka siap pada 2024.
Sebahagian besar bangunan ini akan dikhaskan untuk penyimpanan rekod dan bahan arkib Kerajaan Negeri.
Kawasan penyimpanan khas yang berukuran 10,000 m2 ini akan dilengkapi dengan kemudahan āAutomated Storageā dan āRetrieval Systemā.
Bangunan ini juga turut dilengkapi dengan bilik-bilik khas untuk bahan-bahan yang memerlukan persekitaran terkawal.
Untuk tujuan penyelidikan dan latihan, pusat latihan dan pendidikan khusus turut disediakan, beserta dengan ruang kuliah, makmal eksperimen, auditorium dan ruang penyelidikan. ā DayakDaily