This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 5 Julai: Sarawak berharap kerjasama dengan minoriti Muslim di New Zealand membantu merealisasikan hasrat menubuhkan universiti Islam di Negeri ini.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama itu adalah berkaitan pendidikan Islam.
“New Zealand telah menubuhkan sekolah antarabangsa yang menggunakan kurikulum Islam sebagai kurikulum teras.
“Saya baru balik dari New Zealand dan kita ada kerjasama dengan minoriti Muslim di negara tersebut, termasuk Pulau Pasifik dimana mereka mempunyai masjid,” katanya pada Perasmian Muktamar Masjid-Masjid Serantau 144H/2023M di sini, hari ini.
Tambah Abang Johari, di New Zealand kurikulum Islam ini diguna pakai bersama kurikulum pelajaran.
Kini, jelas beliau, New Zealand sudah ada sekolah antarabangsa.
Justeru beliau berharap Sarawak juga ada sekolah antarabangsa Islam.
Sementara itu, Abang Johari juga memaklumkan telah mewujudkan kerjasama dengan Pusat Islam Universiti Oxford di United Kingdom. — DayakDaily