Sambutan Tahun Baru Cina: Ramalan cuaca hujan, ribut petir untuk Sarawak

Gambar satelit keadaan cuaca di Sarawak yang disiarkan di laman web JMM.

KUCHING, Feb 4: Sarawak diramalkan akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan cuaca hujan dan ribut petir tahun ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melalui laman Internetnya di www.met.gov.my meramalkan Sarawak pada hari pertama perayaan Tahun Baru Cina esok (Feb 5) pada sebelah pagi akan mengalami hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman.

Manakala pada sebelah petang mengalami ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman dan sebelam malam mengalami hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman.

Untuk sambutan perayaaan Tahun Baru Cina hari kedua (Feb 6) pula, Sarawak diramalkan tiada hujan pada sebelah pagi, namun pada sebelah petang akan mengalami ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman dan sebelah malam mengalami hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman.

Pada sambutan perayaaan Tahun Baru Cina hari ketiga (Feb 7) pula, Sarawak diramalkan tiada hujan pada sebelah pagi, namun pada sebelah petang dan sebelah malam mengalami ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman.


Pada hari keempat hingga keenam perayaan itu atau dari Feb 8 hingga 10 diramalkan Sarawak akan mengalami hujan atau ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman sebelah pagi, petang dan malam. — DayakDaily