Salai ikan jan di Simpang Jepak menjadi kegemaran ramai

Winnie Albert (kanan) bersama pelanggan yang membeli ikan jan dan hasil tani lain di gerainya.
Advertisement

KUCHING, 29 Mei: Simpang Jepak di Jalan Pesisir Pantai Kuala Tatau-Bintulu kini menjadi lokasi bagi  orang ramai mendapatkan bekalan salai ikan jan berikutan banyak ikan terbabit dapat ditangkap nelayan perairan kawasan itu.

Antara mengusahakan dan menjual salai ikan jan di simpang terbabit ialah Winnie Albert, 43, dan mendedahkan gerainya di jalan simpang terbabit ketika ini mampu menjual sebanyak 400 hingga 500 kilogram salai ikan jan sehari.

“Salai ikan jan dijual kami pada harga RM20 sekilo sahaja. Paling rendah pun gerai saya mampu menjual sehingga RM500 salai ikan terbabit dalam tempoh sehari kalau pelanggan tidak begitu ramai,” katanya kepada DayakDaily, hari ini.

Advertisement

Winnie berkata ketika ini permintaan salai ikan jan cukup tinggi kerana penduduk  di Bintulu boleh bergerak mencari makanan laut hasil tangkapan nelayan sekitar kawasan itu dibawah Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

Salai ikan jan yang dijual di gerai, Winnie Albert terletak di sepanjang Simpang Jepak.

Manakala bekalan ikan terbabit diperolehinya dari kalangan saudara mara suaminya yang menjadi nelayan dengan bot mereka kebiasaanya mampu menangkap sehingga satu tan ikan jan di sekitar perairan Bintulu.

“Ikan terbabit kemudian akan disiang dan bersihkan sebelum dipanggang saya mengunakan bara kayu api yang cukup panas dan banyak asap lebih kurang sejam dan selepas itu ikan cukup masak dan kering serta sesuai dijual,” katanya.

Katanya kebiasaanya pelanggan akan memasak salai ikan jan  dalam sup terung yang bercampur nanas ataupun memakannya begitu sahaja sebagai hidangan lauk mereka. -DayakDaily

Advertisement