KUCHING, 16 Jan: Polis buka satu kertas siasatan terhadap penyebaran poster di media sosial yang menggunakan gambar Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata gambar tersebut digunakan tanpa kebenaran oleh pihak yang menawarkan skim pelaburan patuh syariah di Facebook.
Katanya, penggunaan gambar tersebut dipercayai untuk mempromosikan dan menarik minat orang ramai untuk menyertai skim tersebut.
“Satu kertas siasatan telah dibuka da disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda atau penjara boleh sampai dua tahun atau kedua-duannya.
“Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut boleh tampil membantu siasatan. ā DayakDaily