Saini Kakong calon pilihan PBDSB di Opar

Saini Kakong

KUCHING, Nov 20: Naib Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Rapelson Richard Hamit hari ini mengumumkan bahawa pesara professional Guru Besar Saini Kakong, merupakan calon pilihan PBDSB di Opar.

Menurut Rapelson, beliau telah diberi amanat daripada Presiden parti Bobby William untuk mengumumkan bahawa Saini Kakong sebagai calon tunggal PBDSB yang akan bertanding di Opar.

“Saini Kakong berusia 60 tahun merupakan Dayak Salako Rara yang merupakan anak jati N1 Opar yang berasal daripada Kampung Kendaie, Lundu. Beliau berpendidikan Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan (Dengan Kepujian) UiTM dan berpengalaman profesional sebagai guru dari tahun 1982 sehingga 2021.


“Beliau pernah menyandang jawatan guru biasa pada tahun 1982 sehingga 1988 di SK Kendaie, Lundu dan dinaikkan pangkat pada tahun 1989 dan menjadi Guru Besar di SK Telok Melano sehingga tahun 1993, dan pada tahun 1994 sehingga tahun 1995 beliau berkhidmat di SK Biawak.

“Pada tahun 1996 sehingga 2005 beliau berkhidmat sebagai Ketua Unit Pengurusan Koko di PPD Lundu, dan pada tahun 2006 sehingga tahun 2010 pula, beliau berkhidmat sebagai Guru Besar di SK Raso dan pada tahun 2011 sehingga bersara pada awal tahun ini tahun 2021 beliau berkhidmat di SK Holy Name,” katanya didalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, Raphelson berkata, Saini juga berkhidmat sebagai Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Lundu dari tahun 2018 sehingga sekarang.

Tambahnya, dalam politik, beliau pernah berkhidmat sebagai ahli biasa Parti Keadilan Dayak N1 Opar pada tahun 2019 dan keluar parti dan sertai parti PBDSB pada tahun 2021 bagi memperjuangkan hak Dayak secara menyeluruh.

Tegas Rapelson, beliau juga peka terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat setempat dan mampu untuk membuat pembaharuan.

“Saini percaya bahawa hanya parti PBDSB merupakan satu-satunya parti Dayak yang ideal dalam memperjuangkan hak Dayak dan mengangkat martabat Dayak setaraf dengan bangsa yang lain di Malaysia khususnya Sarawak seperti hal yang berkaitan hak tanah Adat Dayak (NCR) dan juga dalam hak ekonomi, hak ekonomi dan juga hak politik bangsa Dayak.

“Parti percaya dengan pengalaman profesional Saini dan juga dalam khidmat masyarakat mampu membawa membawa agenda pembangunan kepada kawasan Opar dan parti secara menyeluruh,” katanya. — DayakDaily