SADA lulus 17 projek dengan kos RM166 juta

Dato' Sri Rohani Abdul Karim
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 12 Jun: Sebanyak 17 projek dengan kos RM166,177,540 telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Sri Aman Development Agency (SADA).

Pengerusi SADA Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, ia diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa yang diadakan di Sri Aman semalam.

Advertisement

“Secara keseluruhan, SADA telah meluluskan 69 projek Pembangunan yang merangkumi pembangunan infrastruktur, pertanian, ekonomi dan sosial berjumlah RM1.3 billion setakat Jun 2024,” kata Rohani dalam satu kenyataan.

Projek yang diluluskan ialah:

1) Cadangan Kajian ‘Greater Together: Mapping of Paddy Production Ecosystem in Batang Lupar Granary Area, Sri Aman’;

2) Projek Tanaman Kopi;

3) Kerja-kerja awalan Ternakan Tilapia Hitam di Dalam Sangkar di Batang Ai Fasa 1;

4) Menuang Ulu Community Farm Plot;

5) Kerja-kerja Awalan Menaiktaraf Jalan Akses Sri Aman (Q7) kepada Dual Carriageway dari Persimpangan Pan Borneo ke Pusat Bandar, Bahagian Sri Aman Fasa 1;

6) Kerja-kerja awalan ‘Proposed Construction of Jalan Tebarong, Sri Aman Division Fasa 1’;

7) Pembinaan ‘New Road Link’ dari Selanjan Angkong ke Enchiap, Daerah Pantu, Bahagian Sri Aman;

8) Pembinaan Jambatan dan Jalan Raya Baru menghubungkan SK Ng. Kesit/Klinik Kesihatan Kesit/Stesen Pertanian Ng. Kesit dengan Rumah-Rumah Panjang, di Seberang Sg. Batang Lemanak, Ng. Kesit, Lubok Antu, Sarawak;

9) Cadangan Pertapakan Perkuburan Islam Bersepadu, Bukit Penyauk (Entulang Land), Sri Aman;

10) Wong Merah Waterfalls Glamping Site;

11) Tempat untuk berkhemah and fasiliti, Wong Ajong Engkilili, Bahagian Sri Aman;

12) Kompleks Sukan Lingga;

13) Cadangan Pembinaan ‘Landing Ramp’ di Simanggang;

14) Cadangan ‘R&R Recreational Community’;

15) Dewan Simposium Batang Lupar:

16) Cadangan ‘Drainage Improvement Works’ di Kpg. Muhibbah dan RPR, Sri Aman, Sarawak; dan

17) Cadangan ‘Drainage Improvement Works’ di RPR Engkilili, Sri Aman. — DayakDaily

Advertisement