SADA berazam tingkatkan pembangunan di Sri Aman

Rohani berbincang pelaksanaan projek dengan salah seorang penduduk.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 9 Julai: Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) berazam meningkatkan tahap pembangunan di Bahagian Sri Aman seterusnya seiring dengan pembangunan di bahagian-bahagian lain

Justeru Pengerusinya Dato Sri Rohani Abdul Karim menyeru komuniti setempat menyuarakan cadangan bagi pelaksanaan projek pembangunan kepada pihaknya.

Advertisement

“Semua agensi yang terlibat juga diminta bersama-sama menyelesaikan isu-isu berkaitan pelaksanaan projek, khasnya isu hak pemilikan tanah di tapak cadangan projek terlibat,” kata Rohani.

Beliau berkata demikian pada program ‘Jerayawara SADA Bersama Penduduk Kampung Melayu Bakong’ di Sri Aman hari ini.

Sementara itu, Rohani memaklumkan objektif utama program diadakan adalah bagi melebarkan sayap dan nama SADA kepada komuniti setempat.

Program ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan SADA. — DayakDaily

Advertisement