RUU Pelabuhan Bintulu dibentang di sidang Parlimen — Abang Johari

Abang Johari (tiga kanan) di Perasmian Simposium Budaya Iban dan Expo 2024.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 24 Jun: Rang Undang-Undang (RUU) Pelabuhan Bintulu akan dibentang pada sesi Parlimen yang bermula hari ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, pada sidang kali ini RUU Pelabuhan Bintulu sedia ada akan dimansuh, kecuali Labuan.

Advertisement

“Labuan kekal menjadi pelabuhan milik kerajaan pusat, dan Pelabuhan Bintulu dikeluarkan menjadi milik Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika ditemui di Perasmian Simposium Budaya Iban dan Expo 2024 di Ibupejabat Dayak Cultural Foundation (DCF) hari ini.

Pada semalam, Abang Johari mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli parlimen Sarawak di Kuala Lumpur.

Terdahulu, kerajaan persekutuan bersetuju menyerahkan Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak, berkuat kuasa Jun ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri pada 8 Januari 2024 yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. — DayakDaily

Advertisement