Rumah Sarawak urus kuarantin, perjalanan balik anak Sarawak dari Romania

Kumpulan pertama balik ke Miri pada 22 Nov 2020.

KUCHING, 24 Nov: Rakyat Sarawak yang terperangkap di Romania baru-baru ini telah pun balik ke Sarawak pada Ahad (22 Nov) dan semalam.

Menurut MP Sibuti Lukanisman Awang Sauni, perjalanan balik diselaras Rumah Sarawak di Kuala Lumpur yang turut menyelaras urusan kuarantin mereka.

“Seramai 27 rakyat Sarawak yang selesai menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pulang ke Miri hari ini (22 Nov).


“Kumpulan kedua pula iaitu seramai 43 orang, akan berangkat esok (23 Nov),” katanya menerusi akaun Facebook beliau, pada 22 Nov lepas.

Mereka merupakan anak kapal yang terkandas di Kapal Bigfoot 1 di Romania yang dikerah untuk bekerja tanpa gaji selama lebih kurang dua bulan.

Kesemua yang berada di Romania hampir 100 rakyat Malaysia dan daripada jumlah itu, 83 orang ialah rakyat Sarawak.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah banyak menyumbang kepada usaha itu. ā€” DayakDaily