Rumah Rentap Tubau di Bintulu musnah terbakar

Keadaan rumah panjang tersebut yang musnah dalam kebakaran

BINTULU, 24 Mei: Sebuah rumah panjang, Rumah Rentap Tubau di Jalan Kemena, di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran rumah panjang 12 pintu tersebut dilaporkan terbakar sekitar jam 2.59 petang.

“Anggota dari Balai Bomba Bintulu terus ke lokasi kejadian dan didapati rumah panjang dua tingkat yanh mempunyai 12 pintu telah musnah sepenuhnya.

“Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan kehilangan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bomba tiba di lokasi pada jam 4.02 petang disebabkan jarak dari Balai Bomba sekitar 100 kilometer.


Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.43 petang di mana Bomba menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber air di lokasi kejadian.

Punca kebakatan dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — DayakDaily