Rumah nyaris terbakar dipanah petir di Jalan Dato Mohd Musa

Bomba melakukan pemeriksaan di bahagian bumbung yang terbakar akibat petir.

KOTA SAMARAHAN, 25 Julai: Sebuah rumah hampir terbakar akibat terkena panahan petir di Taman Refflesia, Jalan Dato Mohd Musa, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 5.07 petang

Katanya, pemilik rumah memaklumkan bumbung rumahnya dipanah petir ketika hujan lebat.


“Panahan petir itu mengakibatkan berlaku percikan api sebelum mengeluarkan asap.

“Api kecil tersebut berjaya dipadamkan pekerja kilang yang berdekatan rumah menggunakan alat pemadam api,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba menjalankan pemeriksaan ke atas kesan kebakaran di dalam bumbung bagi memastikan tiada lagi punca yang boleh menyebabkan api berulang.

“Kebakaran tiada melibatkan pada bahagian struktur rumah tersebut,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.10 petang. — DayakDaily