Rumah kosong 2 tingkat terbakar

Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Mac 19: Sebuah rumah kosong dua tingkat di Jalan Rock di sini terbakar kira-kira 50 peratus, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, tiada laporan kecederaan dilaporkan berlaku.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Padungan telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.47 petang.

Jelasnya, sebaik tiba pasukan bomba mendapati api sedang membakar rumah kosong tersebut.

“Pasukan bomba kemudian bertindak membuat operasi memadam kebakaran bagi memastikan api tidak marak.

“Operasi memadam tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 7.04 malam,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, punca sebenar kejadian masih dalam proses siasatan. — DayakDaily