Rumah di RPR Astana musnah dalam kebakaran

Api yang sedang marak memusnahkan rumah tersebut.

KUCHING, 30 Mac: Sebuah rumah di RPR Jalan Astana, Petra Jaya, di sini, musnah dalam kebakaran, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kebakaran tersebut dilaporkan berlaku pada jam 7.27 malam dan melibatkan kawasan seluas 30 x 60 kaki persegi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya dan Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.


Jelasnya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya selepas itu dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bomba. — DayakDaily