This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 31 Mei: Kes rumah dan kenderaan terbakar di Jalan Sungai Apong Baru, di sini dipercayai perbuatan khianat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching SUPT Merbin Lisa berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dan disyaki perbuatan khianat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini
Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksan.
Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda.
“Orang ramai diminta agar tidak membuat spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Dalam kejadian tersebut, sebuah rumah dan tiga buah kereta jenis Toyota Alphard, Toyota Tank dan Nissan Skyline GTR dilaporkan musnah.
Bagaimanapun, semua penghuni rumah dilaporkan selamat. — DayakDaily