Rumah Bujang, Rantau Kiran Nanga Mendamit terbakar

Api marak memusnahkan rumah panjang tersebut.

LIMBANG, 25 Jan: Rumah panjang Bujang di Rantau Kiran Nanga Mendamit musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran tersebut pada jam 6.48 pagi.

Katanya, Pasukan Bomba Sukarela (PSB) Nanga Mendamit dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu memadam serta mengawal kebakaran sementara menunggu ketibaan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang


“Sampai di lokasi kejadian pada jam 7.58 pagi, pasukan Bomba mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran kerana tiada pili Bomba di kawasan tersebut.

Kebakaran juga telah memusnahkan keseluruhan rumah panjang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Bomba terpaksa menggunakan air daripada stok simpanan air dari tangki simpanan air penduduk rumah panjang untuk memadam kebakaran tersebut.

Kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dijalankan ketika ini dan jumlah masih terlibat masih belum dapat disahkan.

(Berita selanjut menyusul)

— DayakDaily