KUCHING, 16 Julai: Seorang lelaki ditangkap dan 1,500 karton rokok serta 135 kotak minuman keras dirampas dalam satu operasi Op Kontraband pada 14 Julai baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata sepasukan polis dari Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak telah melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Gala City sekitar jam 9.30 pagi.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang disyaki tidak bercukai.
Ekoran itu, kesemua rokok dan minuman keras yang dianggarkan bernilai RM240,000 kemudian dirampas dan suspek berusia 26 tahun ditangkap untuk siasatan lanjut.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967. — DayakDaily