RM500,000 untuk baiki 35 buah rumah rakyat miskin di Batu Kawah

Dr Sim (tujuh kiri) menyerahkan plak projek penambahbaikan rumah kepada penerima.

KUCHING, 3 Oktober: Sebanyak 35 buah rumah milik penduduk miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah berjaya dibaiki di bawah fasa pertama Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, 35 buah rumah yang sudah siap dibaiki mengikut keperluan masing-masing tersebut adalah daripada 36 buah rumah yang terpilih untuk program fasa pertama di kawasan beliau.

Setiap rumah diagihkan wang penambahbaikan maksimum RM15,000 untuk program dibawah skim Projek Kecil Luar Bandar tersebut, kata ahli DUN Batu Kawah tersebut dalam satu kenyataan media selepas melawat projek tersebut di sini, hari ini.


“Projek tersebut dimulakan pada tahun 2018 di dalam dua fasa, di mana fasa kedua akan dilancarkan dalam masa yang terdekat. Peruntukan bagi 35 rumah dianggarkan sebanyak RM500,000,” tambah beliau. — DayakDaily