Ribut gara-gara seekor ayam serama dan anjing, kontraktor dipukul

PDRM logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 11 March: Ribut gara-gara seekor ayam serama dan anjing, seorang kontraktor berusia 23 tahun dipukul bukan hanya menggunakan tangan, malah batang besi pada petang Rabu di sebuah rumah di Jalan Airport di sini.

Kejadian bermula apabila mangsa datang ke rumah berkenaan untuk berunding dengan suspek selepas mensyaki anjingnya membaham ayam serama mangsa.


Namun, kedatangan mangsa itu sekitar jam 6.40 petang disambut dengan ‘pukulan’.

Dalam kejadian itu, mangsa telah dipukul suspek serta ibunya dan susulan kejadian, mangsa membuat satu laporan polis di balai polis pusat Miri.

Susulan laporang itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) telah menahan suspek berusia 23 tahun untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan penahanan suspek dibuat sekitar jam 11.30 malam Rabu. — DayakDaily