Rezeki bulan Ramadan, nelayan raih ikan pari ‘gergasi’

Razis menunjukkan ikan pari seberat 65kg yang ditangkapnya.

MUKAH, Jun 9: Seorang nelayan mendapat ‘habuan besar’ pada bulan Ramadan apabila berjaya mendaratkan seekor ikan pari seberat kira-kira 65 kilogram (kg) di Sungai Batang Lassa di sini hari ini.

Nelayan berkenaan, Razis Idris, 36, dari Kampung Kuala Matu Hilir berkata, ikan tersebut telah tersangkut pada jaring yang dipasangnya merentangi Sungai Batang Lassa.

Katanya, ketika memeriksa jaring itu, dia amat terkejut apabila mendapati sekor ikan pari harimau tersangkut pada jaring berkenaan.


“Syukur kepada Allah kerana memberi rezeki murah kepada saya sekeluarga dalam bulan mulai ini,” katanya di sini hari ini.

Razis menambah, hasil jualan ikan pari itu kelak akan digunakan untuk melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Ujarnya, habuan kali ini merupakan rezeki bulan Ramadan untuk keluarganya kerana sebelum ini dia jarang memperoleh ikan pari bersiaz besar.

“Tambahan pula, ikan pari harimau agak sukar diperoleh di sungai ini disebabkan ia sentiasa menjadi buruan para nelayan tempatan di sini,” katanya. — DayakDaily