KUCHING, 11 Julai: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditangkap kerana disyaki ejen judi dalam talian di sebuah kedai di Jalan Matang, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata suspek ditangkap dalam satu serbuan oleh anggota JSJ IPD Padawan pada jam 11.50 pagi.
Katanya, suspek kemudian ditahan untuk pemeriksaan ketika sedang duduk di dalam premis tersebut.
Hasil pemeriksaan mendapati suspek mengaku bekerja sebagai ejen judi dalam talian (online).
Ekoran itu, suspek terus ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Polis turut merampas telefon bimbit dan wang tunai daripada suspek. — DayakDaily