TATAU, 16 Julai: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 8 Julai lalu tampil sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau semalam.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis yang turut memberitahu keadaan gadis berusia 16 tahun adalah sihat dan selamat.
Katanya, pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Bintulu itu dalam laporannya memberitahu dia keluar dari rumah dengan kerelaan diri tanpa paksaan daripada sesiapa.
Sebelum ini, dilaporkan kali terakhir dia dapat dihubungi oleh ibunya adalah pada 8 Julai iaitu sekitar jam 5 petang.
Laporan kehilangan mangsa juga dibuat pada 8 Julai. — DayakDaily
Advertisement