Remaja mengamuk selepas gagal mendapat RM400 dari bapa

Kelihatan remaja yang ditahan polis.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 16 Dis: Seorang remaja lelaki dari Kampung Pasir Lutong ditahan selepas mengamuk dan mengugut untuk membunuh bapanya semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, remaja terbabit yang berusia 16 tahun dikatakan mengamuk selepas gagal mendapatkan wang berjumlah RM400 dari bapanya.


Suspek yang berang dikatakan terus mengamuk dengan memegang sebilah parang sepanjang 48 sentimeter di dalam rumah keluarganya itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Mohd Sabri Zainol berkata, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) bergegas ke lokasi sekepas bapa suspek, berusia 52 tahun membuat satu laporan polis mengenai kejadian.

Tangkapan dibuat sekitar jam 8.15 malam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. — DayakDaily