This Content Is Only For Subscribers
SRI AMAN, 9 Sept: Gara-gara seekor anjing menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut dalam kemalangan di Kilometer 29 Jalan Sri Aman-Sarikei semalam.
Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 4.20 petang.
Katanya, mangsa semasa kejadian menaiki motosikal dari arah Engkili menuju ke Sri Aman.
“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang dibonceng mangsa terbabas ke tengah jalan akibat melanggar seekor anjing yang melintas jalan.
“Ini menyebabkan penunggang dan pembonceng jatuh ke tengah jalan lalu dilanggar sebuah lori yang datang dari arah belakang mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Klinik Kesihatan Engkelili.
Manakala penunggang motosikal masih menerima rawatan di Hospital Sri Aman.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. — DayakDaily