Remaja lelaki maut dalam kemalangan di Demak

Mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

KUCHING, 8 Dis: Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Demak, kira-kira jam 2.45 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, mangsa yang berusia 15 tahun semasa kejadian menunggang motosikal.

katanya, mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah kereta dan kemudian terbabas dan dilanggar sebuah kereta lain.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily