Remaja lelaki disyaki rogol wanita OKU dicekup

Anggota polis menahan suspek.

Oleh Dean Adam

SERIAN, Julai 25: Seorang remaja lelaki yang disyaki merogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berjaya dicekup malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata, suspek berusia 17 tahun diberkas oleh sepasukan anggota polis kira-kira pukul 11.10 malam.


“Suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian untuk siasatan lanjut.

“Mangsa berusia 24 tahun yang melahirkan bayi lelaki masih menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak,” katanya di sini hari ini.

DayakDaily semalam melaporkan polis Serian giat menjejaki seorang remaja lelaki yang disyaki merogol seorang wanita OKU sehingga dia mengandung dan melahirkan bayi pada Julai 18.

Pasukan polis sedang mengesan remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai melarikan diri selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada Julai 23 lalu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. — DayakDaily