Remaja jatuh dalam Sungai Bakong, ditemui mati lemas

Anggota Bomba membalut mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Advertisement

MARADONG, 30 Jun: Remaja lelaki yang dilaporkan terjatuh di Sungai Bakong, di sini ditemui mati dipercayai lemas sekitar jam 6.40 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mayat mangsa, 17, ditemui kira-kira 30 meter daripada lokasi dia dikatakan terjatuh.

“Mayat mangsa kemudian diambil oleh pasukan Bomba yang seterusnya menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Mangsa semasa kejadian sekitar petang semalam bersama rakan-rakannya pergi ke lokasi kejadian untuk mandi-manda apabila mangsa dikatakan terjatuh ke dalam sungai.

Rakan-rakan mangsa kemudian cuba menyelamat mangsa tetap gagal dan kemudian memaklumkan kepada bapa mangsa untuk mohon bantuan khidmat Bomba.

Bomba menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.45 petang dan anggota dari Balai Bomba Bintangor diketuai Mohmaf Mahmud terus ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Operasi SAR tersebut bagaimanapun ditangguh pada jam 7 petang semalam dan disambung hari ini sehingga penemuan mayat mangsa. — DayakDaily

Advertisement