Remaja ditangkap miliki, positif dadah di Bau

Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

BAU, 28 Jan: Seorang lagi lelaki berusia 23 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat aktiviti dadah di Bau, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata suspek ditangkap di perkarangan sebuah rumah di Taman Mei Yan, Jalan Jambusan sekitar jam 12.30 tengah malam.

Katanya, suspek ditangkap selepas anggota operasi menemui satu paket plastik kecil berisi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu kira-kira 0.35 gram.


“Suspek kemudian ditangkap dan hasil saringan air kencing juga mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. — Dayakdaily