Remaja di Sarawak digalakkan sertai TLDM

Ahmad Kamarulzaman (tengah) merakamkan gambar bersama veteran TLDM Sarawak.

KUCHING, Mac 7: Rakyat di negeri ini khususnya golongan remaja digalakkan untuk menyertai menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarudin berkata, golongan sasar itu digalakkan menyertai pasukan berkenaan bagi memperkukuhkan lagi keupayaan serta tahap kesiapsiagaannya.

Katanya, beliau tertarik dengan sikap rakyat dari negeri ini yang unik kerana mempunyai tahap kesetiaan dan kepercayaan tinggi sepanjang mereka berkhidmat.


“Saya kagum melihat keunikan rakyat di Sarawak kerana tahap kesetiaan serta kepercayaan mereka amat tinggi seperti ditunjukkan veteran TLDM.

“Sehubungan itu, saya menggalakkan golongan remaja di negeri ini untuk menyertai TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara khasnya,” katanya.

Ahmad Kamarulzaman (kanan) berbual dengan veteran TLDM Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran TLDM di Bangunan DUN Lama di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 24 veteran TLDM dari Sarawak menerima anugerah PJM. — DayakDaily