Redeems terima peruntukan tambahan RM3.5 juta untuk siapkan BCV

Abang Johari (kanan) menyerahkan cek sumbangan bernilai RM3.5 juta kepada Peter (kiri) bagi membantu menyiapkan projek BCV di Singai.

KUCHING, 24 Feb: Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (Redeems) menerima peruntukan tambahan sebanyak RM3.5 juta daripada kerajaan Sarawak bagi membiayai dan menyiapkan projek pembinaan Kampung Budaya Bidayuh (BCV) di Singai.

Tambahan peruntukan tersebut menjadikan jumlah peruntukan yang diberikan kerajaan Sarawak bagi membantu menyiapkan projek tersebut kini bernilai RM5.6 juta ringgit.

Penyampaian cek sumbangan tersebut diserahkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kepada Presiden Redeems Datuk Peter Nansian Ngusie di pejabatnya di sini hari ini.


Dalam pertemuan terbabit, Peter turut memaklumkan bahawa projek BCV terbabit yang kini masih dalam proses pembinaan dijangka siap pada penghujung tahun ini. — DayakDaily