PBDS anjur perjumpaan bersama Intelektual Dayak di Bintulu

Bobby William

KUCHING, 24 FEB: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) akan mengadakan perjumpaan bersama Intelektual Dayak di Bintulu pada penghujung Mac ini.

Menurut Presiden PBDS Bobby William, ia akan membincangkan mengenai pilihanraya Umum dan pilihanraya Negeri Sarawak yang bakal berlangsung selepas pandemik Covid-19 nanti.

“Perjumpaan itu juga akan membincangkan mengenai hala tuju PBDS sebagai platform politik Dayak di Sarawak dimana masyarakat Dayak juga merupakan sebahagian daripada Malaysia,’katanya menerusi kenyataan hari ini.


Tambah Bobby, agenda Dayak adalah keutamaan PBDS walaupun PBDS Katanya, inilah masanya masyarakat Dayak dan para pemikir Dayak bersatu dalam membawa PBDS ke zaman kegemilangan.

Dalam pada itu, Bobby menyeru supaya generasi baru Dayak iaitu generasi Y supaya belajar daripada kesilapan dan kelemahan PBDS di masa lalu sebagai dorongan dalam mengejar kejayaan.

“PBDS bukanlah parti yang rasis namun berjuang untuk masyarakat Dayak demi menuntut keseimbangan pengagihan ekonomi dan turut terlibat dalam membangunkan negara,’Ujar Bobby.

Beliau yakin program imunisasi Covid-19 akan mempercepatkan pemulihan dan seterusnya memberi laluan kepada pilihanraya Umum dan pilihanraya Negeri Sarawak diadakan.-DayakDaily