Rasa seronok dorong Anuar, 57, terus menderma darah

Anuar menunjukkan kad derma darah yang merekodkan jumlah 122 kali.

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 25 Jun: Rasa seronok mendorong Anuar Oloi untuk terus menderma darah walaupun usia kini mencecah 57 tahun.

Beliau yang menerima anugerah penderma darah terbanyak bersempena Sambutan Hari Derma Darah Sedunia 2023 hari ini berkata, ia juga satu kepuasan.

“Saya akan terus menderma selagi boleh, sehingga saya diarahkan untuk berhenti.

“Saya berpendapat dengan menderma darah, saya membantu menyelamatkan nyawa,” katanya ketika ditemui.

Anuar yang memiliki darah A+ telah menderma sebanyak 122 kali dan merupakan penderma terbanyak di Sarawak.

Anugerah telah disampaikan Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian di tHe Spring, di sini.

Pada majlis tersebut, seramai 41 orang penderma telah menerima anugerah dan penghargaan.

Dr Sim (tiga dari kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Patrus Gajis yang telah menderma darah sebanyak 113 kali.

Sementara itu, Anuar berkata beliau tidak menghadapi masalah kesihatan setiap kali menderma.

Beliau menderma sebanyak empat kali dalam tempoh setahun, iaitu tiga bulan sekali.

“Bagi rakyat semua, khususnya golongan belia, datanglah menderma darah demi membantu mereka yang memerlukan,” kata Anuar. — DayakDaily