Raikan Pesta Menuai dengan bertanggungjawab bersama Heineken

Langkah mengenalpasti bir ori HEINEKEN Malaysia.

KUCHING, May 31: Ketika masyarakat di Sarawak dan Sabah berkumpul bersama untuk meraikan Perayaan Hari Gawai dan Pesta Ka’amatan, Heineken Malaysia Berhad (HEINEKEN Malaysia) menggalakkan pelanggan untuk menyambut musim perayaan ini secara bertanggungjawab.

Pengarah Urusan HEINEKEN Malaysia, Roland Bala yang berasal dari Sarawak berkongsi, “Pesta menuai adalah masa terbaik untuk merasai pengalaman tradisi yang meriah, upacara yang berwarna-warni dan hidangan eksotik di Sabah dan Sarawak.

“Kami mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada para pelanggan kami sambutan perayaan yang menggembirakan dan sentiasa meraikannya dengan penuh tanggungjawab kerana mereka bersama dengan keluarga dan rakan-rakan.


“Sebagai sebahagian daripada komitmen HEINEKEN Malaysia untuk menyokong penggunaan bertanggungjawab, kami mengingatkan pelanggan untuk memilih hanya 100 peratus produk duti berbayar, dimana kualiti adalah dijamin,” katanya.

Disebalik usaha pihak berkuasa, Roland berkata alkohol tidak sah masih menjadi isu di Malaysia Timur dan merugikan hasil kutipan kerajaan dan industri.

“Kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna mengenai isu ini,” tambah Roland.

Roland Bala

Untuk membantu pengguna mengenalpasti bir duti berbayar, HEINEKEN Malaysia berkongsi empat langkah kaedah pengenalan:

Langkah 1: Pastikan bahawa Heineken Malaysia Berhad dinyatakan di atas tin.

Langkah 2: Produk dibuat dan dibungkus di Sg Way Brewery, Petaling Jaya, Selangor.

Langkah 3: Saiz tin bir adalah 320ml.

Langah 4: Kod bar bermula dengan angka 955.

Selain itu, untuk menggalakkan pengguna untuk perjalanan yang selamat di atas jalan raya ketika musim perayaan, HEINEKEN Malaysia turut menyediakan baucer Grab bernilai RM10.

Pelanggan kini boleh berpesta dengan selamat tanpa perlu memandu selepas minum malam.

Cuma gunakan kod promo Grab ‘DrinkSensibly’ untuk menikmati diskaun RM10 ke atas tambang Grab anda semasa perjalanan ke dan dari lokasi parti kegemaran anda.

Kod promosi Grab sempena Gawai.

Kod promo ‘DrinkSensibly’ boleh didapati untuk penebusan di Sabah dan Sarawak antara 4 petang hingga 4 pagi sehingga Jun 2, 2019.

HEINEKEN Malaysia mengucapkan ‘Kotobian Tadau Tagazo do Ka’ amatan’ kepada rakyat Sabah dan ‘Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai’ kepada rakyat Sarawak.