Nelayan jatuh ke laut ditemui mati lemas

Pasukan SAR mengangkat mayat mangsa.

Oleh Dean Adam

MUKAH, Mei 31: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari botnya ditemui mati lemas di perairan Mukah hari ini.

Mangsa, Lee Ah Leng, 37, ditemui oleh kumpulan nelayan yang membantu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 9 pagi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, Jarak mangsa ditemui kira-kira 3 batu nautika dari pantai.

Katanya, mayat mangsa kemudian di bawa ke Pengkalan Kampung Litong.

“Apabila tiba, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

DayakDaily sebelum ini melaporkan seorang nelayan dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot yang dikemudikan dalam satu kejadian di perairan Mukah, semalam.

Laporan berhubung kejadian itu diterima dari seorang nelayan, Roslan Ahmad, yang mengatakan telah menjumpai sebuah bot fiber berwarna jingga tanpa pengemudi sedang berpusing-pusing di kedudukan 02° 54 967N 112° 04. 215E. — DayakDaily