Raghad Foundation sumbang bakul makanan kepada 50 keluarga di DUN Tasik Biru

Raghad (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima.

KUCHING, 16 Nov: Raghad Foundation telah menyumbang bakul makanan kepada 50 keluarga dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19.

Program penyerahan sumbangan dengan kerjasama Pusat Khidmat Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Tasik Biru itu telah dilakukan di Dewan Suarah Bau pada Ahad.

Sumbangan diserahkan oleh Pengerusi tetapnya, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib kepada para penerima yang terdiri dari golongan yang tercicir dalam program bantuan bakul makanan sejak pandemik bermula.


Turut hadir pada program adalah Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dan penyandang DUN Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep serta isteri Datin Christina Esni. — DayakDaily