Pustaka Negeri Sarawak anjur Jom Baca Bersama

Norisah(lima dari kiri) dan Arpah(empat dari kiri) bersama pegawai yang lain mempamerkan poster Jom Baca Bersama pada kunjungan itu.

KUCHING, 6 APRIL: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr. Norisah Suhaili baru-baru ini menerima kunjungan hormat rombongan dari Pustaka Negeri Sarawak, diketuai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Arpah Adenan.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat dan kemudahan perkhidmatan perpustakaan yang dapat digunakan oleh para guru dan murid sekolah.

Dalam masa yang sama, Pustaka juga berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam penganjuran program.

Pada tahun ini, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit secara dalam talian pada 22 April 2021 jam 11:00 pagi sehingga 11:10 pagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Japri Masli. ā€” DayakDaily