KUCHING, 11 Ogos: Pusat Latihan Wushu Sarawak yang baharu di Jalan Stadium di Kuching merupakan pusat latihan yang terbesar di Malaysia.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ia bakal menjadi venue sukan wushu di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di sini.
“Pusat Latihan Wushu ini sudah siap sepenuhnya dan sudah memperolehi permit menduduki (OP).
“Dewan ini boleh digunakan untuk SUKMA dan saya boleh katakan dewan ini adalah dewan wushu terbesar di Malaysia,” kata Abdul Karim.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di perasmian pembukaan pusat tersebut di sini, hari ini.
Dengan siapnya pusat tersebut, Abdul Karim yakin Sarawak kini dapat menganjurkan sukan wushu bertaraf tinggi.
Pembinaannya mengambil tempoh 18 bulan dengan kos RM11 juta. — DayakDaily