Pukul isteri dengan batang besi akibat cemburu

Suspek (tiga dari kiri) ditahan anggota JSJ IPD Miri untuk siasatan lanjut.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 20 April: Kerana terlampau cemburu, seorang lelaki tergamak memukul isterinya menggunakan batang besi dalam kejadian berlaku di sebuah rumah kongsi di Luak 4 pada tengahari Isnin (19 April).

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang itu, mangsa, berusia 29 tahun, mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri akibat dipukul suaminya menggunakan sebatang besi.

Advertisement

Susulan kejadian, bertindak dari laporan polis yang dibuat mangsa, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri, polis menahan suspek berusia 25 tahun untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, semasa pertengkaran di rumah kongsi pasangan tersebut, suspek telah mengambil sebatang besi dengan ukuran panjang 79cm untuk memukul isteri.

Kurang dari tujuh jam selepas kejadian, sekitar jam 8.30 malam pada hari yang sama, suspek telah ditahan.

Turut dirampas, sebatang besi yang dipercayai telah digunakan dalam kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah ini ,ACP Hakemal Hawari mengesahkan penahanan suspek.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. — DayakDaily

Advertisement