PRU15: Roy Gingkoi calon PRS di Parlimen Lubok Antu

Roy Gingkoi

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 4 Sept: Pengerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS) cawangan Engkilili Kaunselor Roy Gingkoi dipilih sebagai calon mewakili parti di Parlimen Lubok Antu pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara ini diumumkan oleh Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum pada Program Randau Ruai Rakyat yang diadakan di Rumah Mendali, Buyong Panjai di Engkilili pada Ahad lepas.


“Parti tidak ada tiga atau dua calon, kita cuma ada satu calon sahaja.

“Calon PRS bagi Parlimen Lubok Antu ialah Kaunselor Roy Ginkoi, ” kata Salang.

Tambah beliau, keputusan ini telah dipersetujui oleh kepimpinan parti seperti Adun Batang Ai Datuk Malcolm Mussen, Adun Tamin Christopher Gira, Adun Pelagus Wilson Nyabung dan lain-lain.

Justeru, Salang menasihati penduduk Lubok Antu agar tidak keliru dengan tuduhan sesetengah pihak khususnya pelobi bahawa mereka adalah calon parti.

Katanya, sebarang permohonan untuk menyertai parti (cawangan Engkilili) mesti mendapat kelulusan daripada Pengerusi Roy Gingkoi yang juga seorang peguam.

Hadir sama Mussen merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Adun Balai Ringin merangkap Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan, Gira dan Wilson. — DayakDaily