PRU15: Riot yakin mampu mempertahankan kerusi Serian

Riot (baris hadapan di tengah) semasa menghadiri majlis pelancaran jentera pilihanraya Wanita GPS di Dewan Sri Riot, Kampung Piching semalam.

Oleh Maverick

Serian, 14 Nov: Penyandang kerusi P199 Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem, amat yakin dapat mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihanraya Umum Ke-15 ini.

Kata beliau, sokongan daripada golongan wanita adalah amat penting dan sentiasa menjadi tulang belakang kepada beliau.


“Golongan wanita yang menjadi tulang belakang saya sentiasa deka di hati saya,” kata beliau ketika melancarka jentera Pilihanraya Wanita GPS di Dewan Sri Riot, di Kampung Piching semalam.

Kata Riot, beliau amat yakin dan mampu membawa pembangunan yang lebih baik ke Serian.

Masih banyak yang perlu dilakukan, maka dengan itu beliau menyeru supaya jangan teragak – agak untuk menyokong dan memberi peluang kepada beliau untuk menaburka khidmat kepada rayat di Serian.

Beliau juga menegaskan dengan adanya sokongan daripada ketiga-tiga ADUN di bawah parlimen Serian, itu menambah keyakinan kepada beliau untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal kelapan.

Beliau juga mengakui bahawa persediaan untuk menghadapi pilihanraya pada kali ini adalah lebih baik daripada pilihanraya yang sebelum ini.

Kata beliau, walaupun telah bemur 71 tahun, namun beliau masih lagi cergas fizikal dan mental untuk menggalas tugas sebagai wakil rayat dan membawa suara rakyat ke parlimen. — DayakDaily