PRU15: Pertandingan antara keluarga di kerusi Parlimen Saratok – Ali Biju

Ali beramah mesra dengan para penyokong beliau sebaik selesai proses penamaan calon.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

SARATOK, 5 Nov: Penyandang kerusi Parlimen Saratok Datuk Ali Biju menyifatkan perebutan bagi kerusi Saratok kali ini umpama pertandingan antara keluarga.

“Saya mengenali pihak lawan (Giendam dan Ibil), kita semua berasal dari Sebetan.

Advertisement

“Ia adalah unik dan bagaikan pertandingan antara keluarga,” kata Ali ketika ditemui sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan Sri Krian hari ini.

Pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) ini, Ali di tentang Giendam Jonathan Tait dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Ibil Jaya dari Pakatan Harapan (PH).

Ali pada PRU15 ini bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan dijangka menghadapi tentangan sengit daripada Giendam yang mewakili Parti Progresif Demokratik (PDP).

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak sekali lagi menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan nasibnya.

“Saya akan meneruskan perjuangan politik dan kita telah memilih Perikatan Nasional sebagai logo untuk bergerak pada kali ini.

“Pada Pilihanraya Negeri Krian dulu kita bergerak sebagai bebas, jadi sekarang ini sudah disahkan menerusi PN,” katanya.

Tambah Ali, sebagai penyandang beliau memang selama ini telah mengadakan kerjasama erat dengan Ahli Dewan Undangan di kerusi Parlimen tersebut.

Maka katanya, adalah menjadi kebiasaan bila tiba pilihanraya, mereka ini akan menjadi lawan. — DayakDaily

Advertisement