Projek Pemohon Tambahan atau Lewat diteruskan;14,000 tunggu kelulusan dengan peruntukan RM350 juta — Julaihi

Julaihi (duduk tengah) pada sidang media di Komplek Dewan Undangan Sarawak hari ini (13 Mei 2024).
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 13 Mei: Kerajaan Sarawak meneruskan inisiatif bantuan Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF), kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurut beliau, sebanyak 14,000 permohonan kini sedang menunggu kelulusan dengan peruntukan tambahan RM350 juta.

Advertisement

“Inisiatif ALAF masih diteruskan. Hasrat kita ialah untuk menyediakan kawasan luar bandar dengan bekalan elektrik.

“Setakat ini, sejumlah 14,000 isi rumah layak untuk penyambungan bekalan elektrik di bawah skim ALAF yang memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta,” katanya pada sidang media hari ini.

Terdahulu Julaihi menyampaikan ucapan penggulungan kementerian di Persidangan Dewan Undangan Sarawak.

Tambah beliau, baru-baru ini Kerajaan Sarawak telah meluluskan dana tambahan sebanyak RM85 juta bagi tujuan yang sama.

Setakat ini katanya, sebanyak 27, 073 isi rumah telah diluluskan di bawah projek ALAF.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17,617 isi rumah bersamaan 84 peratus sudah siap dilaksanakan.

“Manakala sebanyak 2,806 bersamaan 13 peratus sedang di peringkat pelaksanaan dan 650 isi rumah iaitu 3 peratus masih dalam oeringkat survei dan rekabentuk,” kata Julaihi. — DayakDaily

Advertisement