Projek pembangunan SK Nanga Klassen dahului jadual

Sagah (dua kiri) meninjau kerja pembinaan SK Nanga Klassen di Sri Aman. Foto: Ukas

KUCHING, 4 Okt: Projek Pembangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen di Sri Aman kini mendahului jadual dengan tahap kemajuan sebanyak 42.83 peratus setakat ini.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Datuk Roland Sagah Wee Inn yakin projek tersebut akan memberi impak positif kepada warga pendidik dan pelajar setelah siap sepenuhnya nanti.

Sagah pada hari ini telah mengadakan lawatan ke SK Nanga Klassen bagi meninjau sendiri kemajuan projek di tapak bina.

Lawatan tersebut juga bertujuan memantau keadaan semasa projek pembinaan bilik darjah, kuarters guru dan asrama di sekolah itu.

Skop projek merangkumi pembinaan satu blok pentadbiran dan bilik darjah bertingkat empat, satu blok asrama lelaki, satu blok asrama perempuan serta tiga blok ā€˜semi detachedā€™ untuk kuarters guru.

Difahamkan, projek yang dilaksanakan mulai 17 Januari 2022 itu dijangka siap sepenuhnya pada 16 Julai 2023.

Hadir sama pada lawatan itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pembangunan Bakat) Datuk Francis Harden Hollis dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pengajian Tinggi dan Inovasi) Dr Annuar Rapaā€™ee. ā€” DayakDaily