Projek Lebuh Raya Pan Borneo wajar diteruskan — Fadillah

Datuk Sri Fadillah Yusof
Advertisement

KUCHING, Mei 19: Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berharap projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini diteruskan demi manfaat rakyat Sarawak.

Jelas beliau, kerajaan persekutuan yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) perlu meneruskan projek mega tersebut yang kini masih sedang pembinaan.

“Projek lebuh raya yang mampu membawa manfaat secara menyeluruh itu kepada Sarawak harus diteruskan seperti yang dinyatakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Advertisement

“Saya akui sama ada projek Pan Borneo ini diteruskan pelaksanaannya adalah bergantung kepada kerajaan PH sekarang,” katanya.

Pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo itu bakal menjadi pemangkin kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi di negeri itu apabila ia siap sepenuhnya kelak.

Menjangkau jarak kira-kira 1,089 kilometer (km) bermula dari Telok Melano, Sematan iaitu titik paling selatan Kepulauan Borneo ke Lawas, projek mega berkenaan dianggarkan bernilai RM14.2 bilion.

Projek kejuruteraan terhebat itu merupakan sebahagian daripada aku janji dalam manifesto BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Projek bebas tol itu turut mencipta sejarah sebagai projek lebuh raya empat lorong kategori ‘R5’ yang pertama dibina. — DayakDaily

Advertisement