Projek Jalan Kampung Apar By-Pass siap Ogos 2024

Aidel (empat dari kanan) dan Henry (dua dari kiri) pada sidang media hari ini (6 Mac 2023).

Oleh Chris Bishop

BAU, 6 Feb: Projek membina jalan di Kampung Apar By-Pass dengan jambatan Bailey di Sungai Adis di Bau sepanjang 8.2 kilometer dijangka siap pada Ogos tahun depan.

Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Aidel Lariwoo berkata, projek dengan kos RM14 juta itu yang bermula pada November 2021 kini berjalan lancar.


“Kemajuan fizikal projek kini ialah 12.69 peratus, sedikit lewat daripada jadual asal yang sepatutnya 12.96 peratus.

“Setakat ini projek dilaksanakan mengikut jadual dan kita menjangkakan siap pada Ogos tahun hadapan,” katanya pada sidang media selesai lawatan ke tapak projek hari ini.

Tambah Aidel, jalan tersebut dibina mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) R1 dan melibatkan pembinaan dua jambatan Bailey.

Projek Jalan Kampung Apar By-Pass.

Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Dato Henry Harry Jinep berkata, siap kelak jalan tersebut akan memberi manfaat kepada penduduk di tiga buah kampung.

Katanya, ia melibatkan Kampung Apar, Kampung Barieng dan Kampung Segong.

“Keseluruhannya ia adalah jalan baharu dan memudahkan pergerakan penduduk kampung.

“Ia juga memberi manfaat kepada aktiviti sosial dan ekonomi penduduk,” kata Henry yang juga Adun Tasik Biru. ā€” DayakDaily