Projek infrastruktur oleh SADA angkat Sri Aman sebagai destinasi pelancongan

Snowdan (dua dari kanan) mempengerusikan Mesyuarat Jawankuasa Kerja Pembangunan Ekonomi SADA.
Advertisement

KUCHING, 13 Ogos: Projek infrastruktur pelancongan yang dirancang dan sedang dilaksanakan di Sri Aman bakal mengangkat Bahagian tersebut sebagai salah satu destinasi pelancongan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Snowdan Lawan berkata, ia melibatkan 22 projek di bawah Jawatankuasa Kerja Pembangunan Ekonomi Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA).

Justeru, Snowdan mahu kesemua agensi pelaksana bagi projek ekonomi SADA bekerjasama dalam mempercepatkan segala pelaksanaan projek seliaan.

Advertisement

“Antara projek tersebut adalah Pemuliharaan dan Menaiktaraf Kubu Arundell, Lubok Antu.

“Cadangan Pusat Penerangan Pelawat dan Pusat Kraf Sri Aman, Bangunan Terminal Pelawat dan Jeti di Kompleks Exo Pelancongan Gunung Lesong.

“Taman Rekreasi Engkeranji, Banting, dan Seduku,” kata Snowdan merangkap Pengerusi Bersama bagi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Ekonomi SADA.

Beliau berkata demikian di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Ekonomi SADA di Kuching baru-baru ini.

Empat agensi pelaksana projek Ekonomi SADA tersebut adalah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Majlis Daerah Sri Aman dan Majlis Daerah Lubok Antu.

Untuk rekod, daripada 22 projek itu, 20 projek masih dalam perancangan.

Manakala 1 projek dalam pelaksanaan iaitu Stesyen Ranger di Ulu Batang Ai, Ulu Delok and Ulu Menyang.

Satu projek telah siap iaitu Development of Orang Utan River-Side Observatory Huts di Kompleks Eco Pelancongan Batang Ai. — DayakDaily

Advertisement